Kewajipan

Bangunan yang tertakluk di bawah EECA 2024 adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga Akta dan memenuhi kriteria yang ditetapkan dalam Garis Panduan. Orang yang menjaga bangunan tersebut hendaklah:

  • Memohon Label Intensiti Tenaga

    Bangunan hendaklah dilabelkan dengan Label Intensiti Tenaga. Permohonan pertama hendaklah dikemukakan dalam tempoh 30 hari selepas genap 1 tahun dari tarikh notis bertulis, manakala permohonan seterusnya hendaklah dikemukakan dalam tempoh 30 hari sebelum tarikh luput yang dinyatakan pada label sedia ada. Permohonan hendaklah dikemukakan bersama fi yang ditetapkan serta apa-apa maklumat, butiran atau dokumen yang dikehendaki oleh Suruhanjaya.
     
  • Memastikan Kesahan dan Paparan Label Intensiti Tenaga

    Label Intensiti Tenaga hendaklah mempunyai tempoh sah laku yang tidak melebihi 1 tahun dan akan tamat pada tarikh yang dinyatakan pada label tersebut. Label hendaklah dipamerkan di bahagian bangunan yang mudah dilihat

  •  Mematuhi Prestasi Minimum Intensiti Tenaga (EIP)

    Bangunan hendaklah mengekalkan penarafan kecekapan tenaga minimum 2 bintang. Pematuhan hendaklah bermula pada tahun ke-5 selepas label tenaga pertama dikeluarkan, dan penarafan yang ditetapkan hendaklah dipenuhi pada setiap tahun selepas itu.

  • Melaksanakan Audit Tenaga dan Mengemukakan Laporan Audit (sekiranya prestasi minimum tidak dipatuhi)

    Sekiranya prestasi minimum intensiti tenaga tidak dipenuhi, Suruhanjaya boleh mengeluarkan notis ketidakpatuhan secara bertulis. Orang yang menjaga bangunan hendaklah melantik Juruaudit Tenaga Berdaftar (REA) untuk menjalankan audit tenaga dan mengemukakan laporan audit tenaga bersama pelan penambahbaikan.
     

Untuk maklumat lanjut, sila e-mel kepada pic-building@st.gov.my