Soalan Lazim

"Lightning Protection System"

Sebelum Arahan ST (Arahan/ST/No.4/2019) berkuatkuasa, satu Pekeliling ST Bilangan 3 Tahun 2011 telah dikeluarkan dan mula berkuatkuasa pada 1 September 2011 mengenai pemakaian Standard Malaysia MS IEC 62305. Namun demikian, masih terdapat segelintir pihak yang ingkar dan tidak mengimplementasikan pemakaian standard tersebut.

Oleh yang demikian, dalam menguatkuasakan pemakaian standard ini, ST mengeluarkan Arahan/ST/No.4/2019 di mana tindakan perundangan boleh diambil kepada mana-mana pihak yang ingkar.

Penguatkuasaan Arahan ini adalah bergantung kepada kategori bangunan dan tarikh penguatkuasaan Arahan adalah seperti yang dinyatakan pada perkara 10 sehingga 13, Arahan tersebut.

Arahan ini adalah terpakai kepada semua kategori bangunan yang dinyatakan pada perkara 10 sehingga 12 tidak kira sama ada bangunan tersebut adalah bangunan baru atau bangunan sedia ada.

Bagi kategori bangunan yang tidak dinyatakan, pemakaian Arahan ini akan ditetapkan oleh ST dari masa ke masa.

Arahan ini mengkehendaki Orang Kompeten, Kontraktor Perkhidmatan Elektrik, Kontraktor Elektrik, juruperunding, pemunya atau pengurusan bangunan mematuhi pemakaian Standard Malaysia MS IEC 62305: 2007 di mana pada bahagian 2 standard tersebut (MS IEC 62305: 2007 Part 2) menyatakan keperluan untuk menjalankan Risk Assessment sebelum pemasangan SPK dilakukan. Risk Assessment yang dilakukan akan menentukan sama ada bangunan tersebut berisiko tinggi atau rendah bagi keperluan membuat pemasangan SPK.

Di samping keperluan pemasangan SPK, Risk Assessment juga akan menentukan tahap perlindungan yang bersesuaian dengan bangunan tersebut (Tahap 1, 2, 3 atau 4).  Sekiranya tidak perlu, maka bangunan tersebut tidak perlu dilengkapi dengan SPK.

Namun demikian, pemunya atau pengurusan bangunan adalah diingatkan untuk membuat simpanan laporan Risk Assessment untuk dikemukakan kepada pegawai ST, apabila dikehendaki.

Butiran mengenai orang yang boleh dilantik mengikut kategori kerja adalah seperti berikut:
 
Kerja-kerja
Orang yang boleh dilantik
1.
Risk Assessment
Mana-mana orang yang mempunyai pengalaman dan kemahiran dalam melaksanakan Risk Assessment.  Laporan Risk Assessment tersebut hendaklah mendapatkan pengendorsan daripada Jurutera Profesional dalam kejuruteraan elektrik atau kejuruteraan elektronik berdaftar dengan Lembaga Jurutera menurut Akta Pendaftaran Jurutera 1967.
 
2.
 Reka Bentuk

Mana-mana orang yang mempunyai pengalaman dan kemahiran dalam melaksanakan reka bentuk SPK. Reka bentuk tersebut hendaklah mendapatkan pengendorsan daripada Jurutera Profesional dalam kejuruteraan elektrik atau kejuruteraan elektronik berdaftar dengan Lembaga Jurutera menurut Akta Pendaftaran Jurutera 1967.

3.
Penyeliaan dan Penyiapan Pepasangan

Mana-mana kerja berkaitan pemasangan SPK dalam sesuatu pepasangan,

  • yang menerima bekalan fasa tunggal, hendaklah di bawah penyeliaan langsung Pendawai dengan Sekatan Fasa Tunggal atau Sekatan Fasa Tiga
  • dikendalikan pada voltan rendah yang menerima bekalan tiga fasa, hendaklah di bawah penyeliaan langsung Pendawai dengan Sekatan Fasa Tiga

dan apabila siap pepasangan itu, Pendawai itu hendaklah memperakukan Perakuan Penyeliaan dan Penyiapan (Borang G, Peraturan-Peraturan Elektrik 1994)

Bagi maksud yang dinyatakan pada perkara 3.1 dan perkara 3.2, Pendawai yang dinyatakan hendaklah diambil kerja sepenuh masa oleh Kontraktor Elektrik atau Unit Pendawaian Persendirian.

4. 
Pengujian

Apabila siap kerja pemasangan SPK sesuatu pepasangan,

  • yang menerima bekalan fasa tunggal, pepasangan itu hendaklah diuji oleh Pendawai dengan Sekatan Fasa Tunggal atau Sekatan Fasa Tiga,
  • dikendalikan pada voltan rendah yang menerima bekalan tiga fasa, pepasangan itu hendaklah diuji oleh Pendawai Sekatan Fasa Tiga,

yang diberi kuasa untuk menguji pepasangan tersebut, dan hendaklah mengesahkan Perakuan Ujian (Borang H, Peraturan-Peraturan Elektrik 1994)

Bagi maksud yang dinyatakan pada perkara 4.1 dan 4.2, Pendawai yang dinyatakan hendaklah diambil kerja sepenuh masa oleh Kontraktor Elektrik atau Unit Pendawaian Persendirian.

5. 
Penyelenggaraan Penjaga jentera kategori sekurang-kurangnya A0 (Kategori Sistem Voltan Rendah (Tanpa Talian Atas dan Stesen Janakuasa))

 

Anda boleh mendapatkan senarai Kontraktor Perkhidmatan Elektrik atau Kontraktor Elektrik dalam laman web ST atau pada pautan seperti berikut:

https://ecos.st.gov.my/ms/web/guest/senarai-kontraktor-elektrik-berdaftar

Projek pembangunan baru tanpa KM iaitu tanpa kebenaran secara bertulis daripada Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT) dikategorikan sebagai projek dalam proses perancangan (under planning process) dan pembangunan baru (new development) di mana penguatkuasaan ke atas kategori ini bermula pada tarikh Arahan ini didaftarkan iaitu pada 1 Januari 2020.

Arahan ini akan terpakai. Seperti dinyatakan pada jawapan 3, Arahan ini adalah terpakai kepada semua kategori bangunan yang dinyatakan pada perkara 10 sehingga 12 tidak kira sama ada bangunan tersebut adalah bangunan baru atau bangunan sedia ada.

Sebagai contoh, sekiranya bangunan tersebut dijangka siap pada April 2021, maka pada tempoh sebelum April 2021, bangunan tersebut dalam proses pembinaan. Merujuk kepada perkara 11 Arahan,Arahan ini akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2021.

Namun demikian, walaupun Arahan pematuhan ini berkuatkuasa, pemasangan SPK adalah tertakluk kepada laporan Risk Assessment seperti yang dijelaskan pada Jawapan 4.

Arahan ini akan tetap terpakai di bawah kategori bangunan sedia ada seperti pada perkara 12 Arahan ini.

Namun demikian, walaupun Arahan pematuhan ini berkuatkuasa, pemasangan SPK adalah tertakhluk kepada laporan Risk Assessment seperti yang dijelaskan pada Jawapan 4.

Keperluan pemasangan SPD adalah bergantung kepada Risk Assessment yang dijalankan. Sebagai makluman, Risk Assessment untuk SPD adalah bahagian lanjutan selepas Risk Assesssment untuk SPK.

Selaras dengan peruntukan di bawah seksyen 47, Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447), Suruhanjaya Tenaga hanya menetapkan bahawa rekabentuk, pemasangan dan senggaraan alat perlindungan kilat di bangunan-bangunan hendaklah dibuat mengikut kaedah sistem perlindungan kilat yang dinyatakan dalam Standard Malaysia MS IEC 62305: 2007–Protection Against Lightning, iaitu yang diperbuat daripada elemen metallic seperti rod, konduktor mesh atau wayar catenary dan pemasangannya hendaklah berdasarkan kaedah pemasangan Protective Angle, Mesh atau Rolling Sphere.

Bagi bangunan selain daripada kategori bangunan yang disenaraikan pada perkara 10 sehingga 12 Arahan ini, akan tertakluk kepada Arahan lanjut oleh ST secara bertulis dari masa ke masa.

Bagi menjamin keselamatan, tiada pengecualian akan diberikan kepada mana-mana pihak dalam pematuhan kepada Arahan ini.

Peruntukan di bawah seksyen 50E, Akta Bekalan Elektrik 1990 menyatakan, seseorang yang tidak mematuhi Arahan ini, adalah melakukan kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Laporan Risk Assessment ini tidak perlu dihantar atau diluluskan oleh pihak ST. Namun, dikemukakan kepada pemunya atau pengurusan bangunan tersebut sebagai rekod simpanan mereka.

"Anda boleh mengutarakan soalan menerusi surat dan dialamatkan kepada:

Pengarah
Jabatan Kawal Selia Keselamatan
Suruhanjaya Tenaga
No 12, Jalan Tun Hussein
62100 Presint 2
Wilayah Persekutuan Putrajaya

Atau boleh hubungi pegawai bertugas menerusi talian 03-8870 8610/8764 atau email kepada iffah@st.gov.my.