Keselamatan Gas

Sebelum ini, saya mempunyai perniagaan dobi di Kota Kinabalu, Sabah, yang telah mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Tenaga (ST). Pada masa ini, saya merancang untuk mengembangkan perniagaan saya di Kuching, Sarawak. Reka bentuk sistem perpaipan dobi tersebut adalah serupa dengan yang di Kota Kinabalu, Sabah. Adakah saya perlu memohon sebarang kelulusan daripada Suruhanjaya Tenaga (ST)?

Tidak, Akta Bekalan Gas 1993 tidak terpakai di Sarawak. Walau bagaimanapun, anda perlu mendapatkan nasihat bebas mengenai undang-undang yang terpakai di Sarawak.