Keselamatan Gas

Pihak pengurusan premis saya merancang untuk menukar penggunaan bahan api daripada diesel kepada gas asli. Kepada siapakah saya harus menyalurkan pertanyaan saya?

Anda perlu menyalurkan pertanyaan anda ke laman web aduan.st.gov.my dan ST akan memberikan maklum balas mengenai pembekal gas (shippers) yang tersedia di kawasan anda supaya anda boleh menghubungi mereka secara terus.