Sistem Akses Pihak Ketiga (TPA)
Apakah aktiviti yang termasuk dalam skop sistem TPA dan siapakah pihak-pihak yang terlibat?
Sistem TPA merangkumi aktiviti-aktiviti berikut:
- Import gas ke terminal pengegasan semula, iaitu aktiviti membawa masuk gas asli cecair (LNG) ke dalam atau di dalam Malaysia melalui apa-apa cara selain daripada transhipmen.
- Pengegasan semula, iaitu aktiviti menggaskan semula LNG termasuk menerima dan menyimpan LNG dan seterusnya menghantar gas yang telah digaskan semula ke saluran paip penghantaran.
- Perkapalan gas, iaitu aktiviti menghantar gas ke premis pengguna oleh pemilik molekul gas dengan membuat pengaturan bersama pemegang lesen pengegasan semula, pengangkutan atau pengedaran bagi penghantaran tersebut.
- Pengangkutan gas, iaitu aktiviti memiliki/mengendalikan saluran paip penghantaran.
- Pengedaran gas, iaitu aktiviti memiliki/mengendalikan saluran paip pengedaran.
- Peruncitan gas, iaitu aktiviti menggunakan gas untuk kegunaan sendiri atau menjual semula gas kepada pengguna melalui sistem perpaipan pemegang lesen peruncitan tersebut.
- Penggunaan gas, iaitu aktiviti menggunakan gas sebagai pemegang lesen gas persendirian, di mana pemegang lesen menggunakan gas tersebut untuk kegunaan sendiri dan tidak mendapatkan bekalan daripada pemegang lesen peruncitan.
Sistem Akses Pihak Ketiga (TPA)
Adakah terdapat had bagi bilangan lesen yang boleh diperoleh oleh sesuatu pihak?
Bagaimanakah Suruhanjaya Tenaga akan memastikan wujudnya persekitaran yang saksama?
Apakah fi yang perlu dibayar di bawah TPA dan oleh siapa?
Apakah fi yang perlu dibayar di bawah TPA dan oleh siapa?
Bagaimanakah Suruhanjaya Tenaga akan memastikan wujudnya persekitaran yang saksama?