Sistem TPA akan membolehkan mana-mana pihak untuk mendapatkan akses dan menggunakan kemudahan gas yang terdapat di Malaysia dengan terma dan syarat yang sama seperti pihak-pihak lain bagi penggunaan yang serupa. Pada masa ini, terdapat tiga jenis kemudahan gas yang termasuk dalam skop TPA, iaitu terminal pengegasan semula, saluran paip penghantaran dan saluran paip pengedaran.