CRESS

Bagi Seksyen 13.4 (h), bolehkah Perjanjian Pajakan Tanah digantikan dengan MoU/Term Sheet bagi tujuan penyerahan permohonan dan hanya meneruskan pelaksanaan kontrak muktamad selepas permohonan berjaya, seperti yang diamalkan dalam CGPP.

Merujuk kepada Seksyen 13.4(h), pemohon dikehendaki mendapatkan kontrak/perjanjian muktamad pada peringkat permohonan. Keperluan ini ditetapkan bagi mengesahkan perkongsian yang komited dan menyokong penyampaian projek yang boleh dipercayai. Walaupun kami memahami perkara ini mungkin memerlukan masa dan sumber tambahan, perjanjian muktamad adalah penting bagi memenuhi piawaian yang digariskan dalam garis panduan.