Sistem TPA akan dilaksanakan pada 16 Januari 2017. Tempoh tangguh selama 12 bulan akan diberikan kepada pemain sedia ada untuk memohon lesen yang berkaitan. Sementara itu, pemain baharu mesti memohon dan diberikan lesen sebelum boleh menjalankan mana-mana daripada 7 aktiviti berlesen yang dinyatakan dalam Akta tersebut.