Meter

Bolehkah pengguna memilih untuk memasang meter elektrik mereka sendiri di premis mereka?

Tidak. Mengikut sub-peraturan 11 (1) Peraturan-Peraturan Bekalan Pemegang Lesen 1990, pemegang lesen hendaklah menyediakan dan memasang meter sebagaimana yang difikirkan perlu bagi mengukur tenaga yang dibekalkan kepada pengguna.