Meter

Organisasi manakah yang memantau pengilang meter elektrik?

Suruhanjaya Tenaga adalah badan pengawal selia bagi industri bekalan elektrik negara, sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990 [Akta 447].

Untuk melaksanakan tanggungjawab ini, Suruhanjaya Tenaga secara aktif mengawal selia pembuatan, pengujian dan pengesahan meter elektrik. Suruhanjaya Tenaga juga diberi kuasa untuk menjalankan ujian meter di tapak, sekiranya terdapat aduan daripada pengguna.