Penghantaran Kuasa, Pengurangan dan Penjadualan Sehari Muka
Bolehkah Single Buyer menghantar tenaga daripada Sistem Solar dalam keadaan biasa?
Tenaga solar dalam program CRESS adalah dihantar sendiri (self-dispatched). Walau bagaimanapun, GSO boleh mengurangkan (curtail) output solar (sebahagian atau keseluruhan) di bawah keadaan kecemasan, atau apabila sistem grid tidak dapat mengalirkan (wheel) tenaga disebabkan kekangan sistem.