Sistem Akses Pihak Ketiga (TPA)

Siapakah yang akan mengawal selia atau menyelia pelaksanaan sistem TPA dan apakah fungsinya?

Pelaksanaan sistem TPA akan dikawal selia oleh Suruhanjaya Tenaga. Rajah 1 menunjukkan skop regulatori di bawah Akta Bekalan Gas 1993. Seperti yang dapat dilihat, Suruhanjaya Tenaga bertanggungjawab terhadap regulasi ekonomi dan teknikal sistem TPA secara keseluruhan, tetapi hanya bertanggungjawab terhadap aspek regulasi keselamatan di bahagian hiliran stesen pintu masuk bandar (city gate stations).

Image
hh

 

 

Bagi memastikan regulasi yang mencukupi dan berkesan, Suruhanjaya Tenaga akan, antara lain, menjalankan fungsi-fungsi berikut:

  • Memastikan bekalan gas yang selamat dan mampan melalui sistem TPA.
  • Memastikan akses yang munasabah dan relevan kepada kemudahan gas diberikan kepada pihak ketiga.
  • Melindungi hak pihak ketiga atau pengguna berkaitan kesinambungan bekalan gas, penggunaan kemudahan, kualiti gas dan perkhidmatan yang disediakan oleh pemilik kemudahan gas.
  • Membangunkan dan menerbitkan Kod, Garis Panduan dan arahan yang berkaitan untuk memastikan pelaksanaan sistem TPA berjalan lancar.
  • Memastikan keselamatan pengguna dilindungi daripada bahaya yang timbul akibat aktiviti pengedaran, peruncitan dan penggunaan gas.
  • Menggalakkan wujudnya persaingan yang sihat dalam kalangan pemegang lesen yang berkaitan.
  • Menjalankan audit ke atas pemegang lesen, institusi, pengilang, pengimport dan kontraktor, mengikut mana yang berkenaan.