Pengenalan

Bagi melayakkan diri di bawah EECA 2024:

  • Keperluan Pendaftaran

    Pengurus tenaga dan juruaudit tenaga hendaklah berdaftar dengan Suruhanjaya serta memiliki sijil amalan yang sah.

  • Kelayakan

    Pemohon hendaklah merupakan warganegara Malaysia, mempunyai kelayakan yang ditetapkan dan memenuhi keperluan lain sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.

  • Pembaharuan Sijil

    Sijil amalan hendaklah diperbaharui secara berkala, dan bagi pengurus tenaga, bukti penyertaan dalam program pembangunan berterusan hendaklah dikemukakan.

  • Pembatalan Pendaftaran

    Suruhanjaya boleh membatalkan pendaftaran seseorang pengurus tenaga atau juruaudit tenaga sekiranya mereka melanggar peruntukan Akta atau terlibat dalam aktiviti penipuan.

Nota:

Untuk maklumat lanjut mengenai Pendaftaran Pengurus Tenaga dan Pendaftaran Juruaudit Tenaga, sila rujuk Panduan Pendaftaran Pengurus Tenaga dan Panduan Pendaftaran Juruaudit Tenaga.
 

Senarai Permohonan

Semua permohonan boleh dibuat secara dalam talian. Sila pilih borang yang berkenaan dan lengkapkan permohonan anda secara digital.

Senarai Pengurus Tenaga Berdaftar (REM) dan Juruaudit Tenaga Berdaftar (REA)

Hubungi

Untuk maklumat lanjut berkaitan Pendaftaran Pengurus Tenaga, sila e-mel kepada rem@st.gov.my, dan bagi Pendaftaran Juruaudit Tenaga, sila e-mel kepada  rea@st.gov.my