Appliances

Sijil Kelulusan bagi Pemasang, Pengilang atau Pengimport Kelengkapan Gas, Perkakas Gas dan Peralatan Gas

Permohonan

Pemohon hendaklah mendaftar dan log masuk ke Sistem Permohonan Dalam Talian (OAS) sebelum meneruskan permohonan. Gunakan pautan di sebelah kanan untuk mengakses Sistem Permohonan Dalam Talian (OAS).

Pengenalan

Peraturan 116(1), Peraturan-Peraturan Bekalan Gas 1997 memperuntukkan bahawa tiada seorang pun boleh memasang, mengilang atau mengimport kelengkapan gas, perkakas gas atau peralatan gas tanpa memperoleh kelulusan daripada Suruhanjaya Tenaga.

Syarat Kelulusan bagi Pemasang, Pengilang atau Pengimport Kelengkapan Gas, Perkakas Gas dan Peralatan Gas

  1. Pemohon hendaklah mendaftar dan log masuk ke Sistem Permohonan Dalam Talian (OAS) di https://oas.st.gov.my/ sebelum meneruskan permohonan.
  2. Pemohon hendaklah melengkapkan Borang JG6 dan mengemukakan borang yang telah lengkap bersama dokumen sokongan yang diperlukan dengan memuat naik dokumen tersebut ke ruangan yang ditetapkan. Dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut:

    (a)    Salinan pendaftaran syarikat atau perniagaan
    (b)    Profil syarikat yang merangkumi:
    • penerangan mengenai jenis perniagaan syarikat serta produk atau perkhidmatan yang ditawarkan;
    • carta organisasi yang merangkumi maklumat pekerja yang mempunyai kepakaran teknikal berkaitan;
    • jenis produk yang dikilang, dipasang atau diimport, mengikut mana yang berkenaan, serta senarai pelanggan yang menerima bekalan atau pembelian produk tersebut; dan
    • pendaftaran dengan agensi berkaitan lain (jika ada).
       

Setiap permohonan bagi Sijil Kelulusan untuk pemasang, pengilang atau pengimport kelengkapan gas, perkakas gas atau peralatan gas akan diproses, dan Sijil Kelulusan akan dikeluarkan dalam tempoh 5 hari setelah permohonan lengkap diterima.
 

Aliran Proses Lazim

Typical Process Flow