Gas

Pendaftaran sebagai Kontraktor

Kontraktor gas hendaklah berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga selaras dengan Peraturan 103, Peraturan-Peraturan Bekalan Gas 1997 bagi membolehkan mereka menjalankan kerja memasang, membina, menguji, mentauliah, menentukur, menyenggara, membaiki atau mengendalikan saluran paip gas atau pepasangan gas.

Permohonan

Permohonan bagi pendaftaran Kontraktor Gas boleh dikemukakan melalui Sistem Permohonan Dalam Talian (OAS). Gunakan pautan di sebelah kanan untuk memulakan permohonan.

Kategori Kontraktor Gas

  1. Kategori Kontraktor Gas adalah seperti berikut:
    • Kelas A
    • Kelas B
    • Kelas C
    • Kelas D
       
  2. Keperluan untuk pendaftaran sebagai Kontraktor Gas
    • Berdaftar dengan Pendaftar Perniagaan atau Pendaftar Syarikat;
    • Menggaji sepenuh masa orang kompeten sebagaimana yang ditetapkan di bawah subperaturan 105(1), 106(1), 107(1) dan 108(1) atau Jadual 4 dalam Jadual Kedua;
    • Mempunyai perlindungan insurans untuk pekerja di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969; dan
    • Mempunyai kelengkapan, peralatan ujian dan instrumen berkaitan kerja yang sesuai sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya Tenaga.
    • Jadual 4, Jadual Kedua: Keperluan Orang Kompeten bagi Kelas Kontraktor Gas
       

Maklumat yang diperlukan untuk pendaftaran sebagai Kontraktor Gas

Kontraktor Gas Standard Minimum Orang Kompeten yang Diperlukan
Kelas A (i) Jurutera Gas atau Penyelia Kejuruteraan Gas; dan (ii) Tukang Pasang Gas Kelas I
Kelas B (i) Tukang Pasang Gas Kelas I
Kelas C (i) Tukang Pasang Gas Kelas II
Kelas D (i) (i) Tukang Pasang Gas Kelas III
  • Nama dan alamat semua rakan kongsi bagi perkongsian berdaftar, dan semua pengarah, pengurus serta pemegang saham bagi syarikat berdaftar; dan
  • Bukti pemilikan atau penyewaan premis perniagaan.
     

Fi

  Fi Permulaan Fi Pembaharuan (Tahunan)
Kelas A RM3000.00 RM2000.00
Kelas B RM2000.00 RM1000.00
Kelas C RM1000.00 RM700.00
Kelas D RM500.00 RM300.00