Feedback

Pemegang lesen telah mengenakan fi apabila saya menghubungi mereka untuk menyemak meter elektrik yang mungkin tidak tepat.

Pengguna boleh dikenakan fi yang ditentukan oleh pemegang lesen sekiranya pengguna memohon untuk membuat semakan meter. Walau bagaimanapun, fi tersebut akan dipulangkan semula kepada pengguna sekiranya: 

i. Meter didapati tidak tepat dan melebihi 3% 
ii. Meter didapati mendaftarkan penggunahabisan tenaga semasa tiada arus elektrik mengalir 

Dalam hal keadaan (i) dan (ii) berlaku, akaun pengguna tersebut hendaklah dilaraskan dan meter pengguna juga perlu ditukarkan kepada meter yang baharu.