Keselamatan Gas

Saya adalah kontraktor paip gas dan telah dilantik sebagai ejen yang diberi kuasa untuk menjual atau mengedarkan meter gas dan regulator jenama BD. Jenama tersebut terkenal dan mempunyai rekod prestasi yang sangat baik di China. Bolehkah saya menggunakan produk tersebut dalam projek saya? Apakah langkah selanjutnya yang perlu saya ambil untuk menggunakan produk tersebut?

Peralatan tersebut tidak boleh digunakan melainkan ia berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga (ST). Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pautan berikut: 
http://www.st.gov.my/index.php/en/applications/gas/product-approval

Syarikat mesti berdaftar dan mendapatkan Perakuan Kelulusan (COA) sebagai pengimport dengan ST menurut Peraturan 116 Peraturan-Peraturan Bekalan Gas 1997 untuk mengimport meter gas dan regulator tersebut.

Syarikat juga perlu mendapatkan COA daripada ST bagi peralatan tersebut menurut Peraturan 117 Peraturan-Peraturan Bekalan Gas 1997. Untuk mendapatkan COA ini, anda perlu mengemukakan kepada ST laporan ujian yang dikeluarkan oleh makmal yang merupakan ahli International Laboratories Accreditation Cooperation (ILAC), atau oleh SIRIM Berhad, atau oleh badan pengujian pihak ketiga yang diakreditasi oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH).

Selain itu, bagi meter gas, anda perlu mengemukakan meter anda kepada National Metrology Institute of Malaysia (NMIM) untuk kelulusan mereka, dan kelulusan bertulis ini juga perlu dikemukakan kepada ST.