Rangka Kerja IBR
Gambaran Keseluruhan
Regulasi Berasaskan Insentif (IBR) bagi kemudahan gas merupakan satu rangka kerja atau mekanisme yang diwujudkan untuk mengawal selia industri pembekalan gas berpaip secara berkesan, di samping menggalakkan kecekapan, pengurusan kos dan kualiti perkhidmatan. Tarif kemudahan gas ditetapkan dengan insentif terbina dalam bagi meningkatkan kecekapan tanpa menjejaskan kualiti perkhidmatan utiliti.
Ia terpakai kepada pengendali kemudahan gas berlesen, termasuk Pemegang Lesen Pengangkutan, Pemegang Lesen Pengagihan dan Pemegang Lesen Regasifikasi. IBR membolehkan kaedah penetapan tarif yang berstruktur, telus dan bermaklumat, dengan mengambil kira keperluan perbelanjaan modal (CAPEX) dan perbelanjaan operasi (OPEX) oleh pemegang lesen.
Mekanisme IBR memastikan pemegang lesen dapat terus meningkatkan kecekapan dan memperkukuh ketelusan dalam membekalkan gas kepada pengguna, dengan pematuhan sepenuhnya terhadap perbelanjaan yang diunjurkan. Selain itu, Suruhanjaya Tenaga terus melaksanakan audit dan semakan terhadap prestasi terdahulu serta mempertimbangkan permohonan baharu daripada pemegang lesen.
Penentuan Tarif Asas
Tarif asas disemak dalam setiap tempoh kawal selia, yang buat masa ini dilaksanakan setiap tiga tahun, selaras dengan formula blok binaan berikut:
Tarif Dibenarkan
Tarif dibenarkan tertakluk kepada semakan tahunan dalam tempoh kawal selia melalui mekanisme pelarasan tarif, bagi menyelaraskan sebarang perbezaan antara parameter yang diunjurkan dengan hasil sebenar.