Soalan Lazim

Meter

Sebenarnya, tiada kenaikan bil elektrik berlaku selepas meter elektromekanikal ditukar kepada meter elektronik. Apa yang berlaku adalah meter elektromekanikal yang lama tidak merekodkan bacaan yang tepat dan mungkin lebih rendah dari meter baru. Keadaan ini berlaku kerana ketepatan meter telah terganggu disebabkan oleh:

  • Faktor persekitaran termasuk cuaca, suhu dan kelembapan:
    Meter elektromekanikal mengandungi banyak bahagian (parts) bergerak yang mempunyai kecenderungan untuk haus dan tidak berfungsi dengan baik selepas suatu jangkamasa.
  • Faktor rekabentuk dan operasi kendalian meter:
    Mekanisme pengukuran tenaga elektrik di dalam meter elektromekanikal boleh menyebabkan meter berubah kepada keadaan yang lebih perlahan dan kadangkala ceper (disk) boleh berhenti dengan sendirinya.

Atas faktor-faktor ini, meter lama jenis elektromekanikal perlu ditukar lebih-lebih lagi apabila ia telah lama digunakan dan tidak boleh lagi merekodkan bacaan yang tepat.

Dari aspek *metrologi, kedua-dua jenis meter ini mempunyai ketepatan yang sama dan akan memberikan bacaan yang sama.

Walau bagaimanapun, mengikut amalan lazim mana-mana utiliti, faktor usia meter yang melebihi tempoh 15 tahun bagi meter elektromekanikal dan 10 tahun bagi meter elektronik boleh memberi kesan kepada ketepatan meter dalam merekodkan bacaan.

Nota: *Metrologi ialah ilmu pengukuran, iaitu disiplin ilmu yang mempelajari cara-cara pengukuran, kalibrasi dan akurasi di bidang industri, ilmu pengetahuan dan teknologi.

A smart meter is a new type of electronic meter that records electricity consumption and communicates the information to the utility for monitoring and billing.

A smart meter that is affixed with the SIRIM-ST and MCMC label is safe to be used as it has been tested and verified in accordance with the requirements of the guidelines issued by ST.

The Radio Frequency (RF) emission from a smart meter is also very minimal - the World Health Organisation (WHO) concluded that current evidence does not confirm the existence of any health consequences from exposure to low-level electromagnetic fields. More info on RF facts and regulations can be read at http://rfemf.mcmc.gov.my/

Mengikut subperaturan 12(2) Peraturan-Peraturan Bekalan Pemegang Lesen 1990, meter tidak boleh melebihi 3% kurang tepat semasa diuji di premis pengguna.

Antara kelebihan meter elektronik adalah ia lebih tepat dan stabil kerana pengiraan amaun elektrik yang digunakan adalah secara digital. Selain itu, ia juga menawarkan fleksibiliti kepada reka bentuk dan keupayaan untuk sistem dinaik taraf.

Dengan teknologi terkini, hasil integrasi sistem meter elektronik dengan teknologi pengkomputeran dan telekomunikasi akan membantu syarikat utiliti menambah baik perkhidmatan kepada pengguna dengan lebih efisien.

Setiap meter elektrik yang dipasang di premis pengguna perlu mematuhi piawaian, seperti berikut:

  • MS 62053-11:2009 - Electromechanical meters for active energy (Classes 0.5,1,2)
  • MS 62053-21: 2009 - Electricity Metering Equipment (a.c) – Particular Requirements – Part 21: Static Meters for Active Energy (Classes 1 and 2)
  • MS 62053-22:2009 - Electricity Metering Equipment (a.c) – Particular Requirements – Part 22: Static Meters for Active Energy (Classes 0,2 S and 0,5 S)
  • MS 62053-23:2009 - Electricity Metering Equipment (a.c) – Particular Requirements – Part 23: Static Meters for Reactive Energy (Classes 2 and 3)
  • MS 62052-11:2009 - Electricity Metering Equipment (a.c) – General Requirements, Test and Test Conditions – Part 11: Metering Equipment

Ya. Setiap meter wajib diuji dan melalui proses penentukuran di makmal ujiansebelum dipasang. Pengujian meter dijalankan di makmal ujian yang juga mempunyai peralatan khusus untuk menjalankan penentukuran berdasarkan Guideline for Electricity Meters: Approval, Testing and Initial Verification Requirements.

Selain itu, ujian kejituan akan dibuat terhadap meter baru selepas dipasang di tapak selaras dengan peruntukan dalam Garis Panduan Penukaran Meter Elektrik.

Ya. Makmal yang menjalankan pengujian dan penentukuran perlu mendapatkanakreditasi makmal mengikut piawaian MS ISO/IEC 17025:2017 - General Requirements For The Competence Of Testing And Calibration Laboratories di bawah Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM) seliaan Jabatan Standards Malaysia, atau mana-mana makmal antarabangsa yang diakreditasi oleh badan akreditasi yang menjadi penandatangan kepada Asia Pacific Laboratory Accreditation Co-operation (APLAC) atau International Laboratory Accreditation Co-operation (ILAC).*

Suruhanjaya Tenaga merupakan badan kawal selia industri pembekalan elektrik di negara ini seperti yang termaktub di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990 [Akta 447].

Bagi menjalankan tanggungjawab ini, Suruhanjaya Tenaga secara aktif mengawal selia aktiviti pengilangan, pengujian dan penentusahan meter elektrik. Suruhanjaya Tenaga juga berkuasa untuk menjalankan ujian meter di tapak sekiranya terdapat aduan daripada pengguna elektrik.

Selaras dengan usaha memperkemaskan proses pengujian dan penentusahan meter-meter elektrik, Suruhanjaya Tenaga telah menggubal Garis Panduan Meter Elektrik sebagai satu mekanisme bagi mengawal selia meter-meter elektrik yang digunakan oleh pemegang-pemegang lesen.

Dengan berkuatkuasanya garis panduan tersebut, mulai Jun 2013 semua meter-meter elektrik baru yang menggantikan meter lama di premis-premis pengguna perlulah dilengkapi dengan label SIRIM-ST bagi mengesahkan bahawa meter tersebut telah melalui proses pengujian dan penentusahan mengikut keperluan-keperluan garis panduan.

Sebarang pertikaian antara pengguna dan pemegang lesen mengenai pemeteran elektrik boleh dirujuk kepada Suruhanjaya Tenaga yang akan bertindak selaras dengan Akta 447 dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta tersebut. Suruhanjaya juga boleh mengumpulkan keterangan dan pembuktian termasuk pernyataan saksi, jika diperlukan.

Mengikut subperaturan 11(1) Peraturan-Peraturan Bekalan Pemegang Lesen 1990, pemegang lesen hendaklah mengadakan dan memasang apa-apa meter yang didapatinya perlu bagi penyukatan bekalan tenaga kepada pengguna.

Pengguna tidak dikenakan sebarang kos bagi program penggantian meter usang atau meter yang berusia melebihi 15 tahun.

Ya. Pihak pemegang lesen perlu mengeluarkan notis pemberitahuan kepada pengguna sekiranya meter perlu ditukar.