Data Prestasi Loji Penjanaan Tenaga Elektrik Di Semenanjung Malaysia (Suku tahun ketiga 2012)

Data Prestasi Loji Penjanaan Tenaga Elektrik Di Semenanjung Malaysia (Suku tahun ketiga)

1. Jumlah Tenaga Elektrik (nett) yang dijana oleh TNB & IPP bagi Suku Tahun Ketiga (Q3) 2012

01

{tip info::77% daripada Jumlah Tenaga Elektrik (nett) yang dijana di Semenanjung Malaysia disumbangkan oleh IPP manakala selebihnya sebanyak 23% disumbangkan oleh TNB. Terdapat penurunan penjanaan elektrik sekitar 1.6% jika dibandingkan dengan Q2. Musim hujan yang menjelang pada Q3 antara faktor yang menyumbangkan kepada pengurangan permintaan bekalan elektrik di Semenanjung Malaysia.}01-b{/tip}
a

2. Kecekapan Thermal bagi Loji-Loji Penjanaan TNB & IPP bagi Suku Tahun Ketiga (Q3) 2012

02

{tip info::Data Q3 bagi Kecekapan Termal loji-loji penjanaan di Semenanjung Malaysia menunjukkan prestasi yang lebih konsisten berbanding dengan Q2. Tiada perbezaan ketara diantara prestasi TNB dan IPP kecuali bagi Loji Penjanaan Konvensional. Loji Penjanaan Konvensional milik IPP lebih kerap beroperasi jika dibandingkan dengan Loji Penjanaan Konvensional milik TNB. Faktor ini menyumbang kepada Kecekapan Termal yang lebih baik kepada Loji Penjanaan Konvensional milik IPP.}02-b{/tip}

3. Purata Faktor Kesediaan Setara Loji (EAF) bagi Loji-Loji Penjanaan TNB & IPP bagi Suku Tahun Ketiga (Q3) 2012

03
{tip info::Terdapat peningkatan sebanyak 3.43% bagi EAF untuk Q3 jika berbanding data pada Q2. Peningkatan ini menunjukkan prestasi yang baik dimana terdapat pengurangan aktiviti henti tugas sama ada henti tugas terancang ataupun henti tugas tidak terancang yang direkodkan pada Q3. EAF yang agak rendah direkodkan oleh Loji Penjanaan Konvensional milik TNB berikutan terdapat henti tugas terancang yang dilaksanakan.}03-b{/tip}

4. Purata Faktor Henti Tugas Terancang (EPOF) bagi Loji-Loji Penjanaan TNB & IPP bagi Suku Tahun Ketiga (Q3) 2012

04
{tip info::Purata EPOF yang rendah iaitu sebanyak 4.18% mempamerkan kebanyakan loji penjanaan berada dalam keadaan yang agak baik. Bacaan EPOF yang tinggi direkodkan di Loji Penjanaan Arang Batu serta Loji Penjanaan Konvensional (TNB) berikutan aktiviti Major Overhaul yang telah siap dilaksanakan.}04-b{/tip}

5. Purata Faktor Henti Tugas Tidak Terancang (EUOF) bagi Loji-Loji Penjanaan TNB & IPP bagi Suku Tahun Ketiga (Q3) 2012

05
{tip info::Rekod EUOF bagi Q3 untuk Loji Penjanaan Arang Batu telah melebihi sasaran PPA sebanyak 0.63% dimana terdapat peningkatan sebanyak 0.44% berbanding Q2. Masalah tube leak merupakan penyebab utama berlakunya henti tugas tidak terancang bagi Loji Penjanaan Arang Batu.}05-b{/tip}