Data Prestasi Loji Penjanaan Tenaga Elektrik Di Sabah (Suku tahun pertama) - 2012


1. Jumlah Tenaga Elektrik (nett) yang dijana oleh SESB & IPP bagi Suku Tahun Pertama (Q1) 2012

1-01

<{tip info::Graf menunjukkan bagi suku tahun pertama, secara keseluruhan IPP menyumbang 72% daripada jumlah tenaga elektrik yang dijana untuk Semenanjung Malaysia. Secara dasarnya, faktor ini disebabkan oleh Loji Penjanaan Kitar Padu yang bertindak sebagai base load dimiliki oleh IPP. Loji penjanaan ini menyumbang 79% daripada jumlah tenaga elektrik yang dijana pada suku tahun pertama 2012.}1-02{/tip}

2. Kecekapan Thermal bagi Loji-Loji Penjanaan SESB & IPP bagi Suku Tahun Pertama (Q1) 2012

2-01

{tip info::Kecekapan termal bagi setiap jenis loji penjanaan adalah berdasarkan Higher Heating Value (HHV). Bagi suku tahun pertama 2012, kecekapan termal bagi setiap loji penjanaan sama ada IPP ataupun SESB berada pada paras yang agak sederhana. Secara prinsipnya, Loji Penjanaan Kitar Padu mempunyai kecekapan termal yang paling tinggi berdasarkan sistem operasinya yang lebih cekap berbanding Loji Penjanaan Enjin.}2-02<{/tip}

3. Purata Faktor Kesediaan Setara Loji (EAF) bagi Loji-Loji Penjanaan SESB & IPP bagi Suku Tahun Pertama (Q1) 2012

3-01
{tip info::Faktor Kesediaan Setara Loji (EAF) bagi suku tahun pertama 2012. Secara keseluruhannya, purata EAF bagi suku tahun pertama menunjukkan prestasi yang sederhana iaitu 71.78%. Beberapa insiden henti tugas terancang dan henti tugas tidak terancang berlaku dan memberi impak kepada EAF.}3-02{/tip}

4. Purata Faktor Henti Tugas Terancang (EPOF) bagi Loji-Loji Penjanaan SESB & IPP bagi Suku Tahun Pertama (Q1) 2012

4-01
{tip info::Secara keseluruhannya, Purata Faktor Henti Tugas Terancang (EPOF) bagi suku tahun pertama 2012 berada pada tahap 1.56%. Bagi suku tahun pertama 2012, terdapat aktiviti Major Inspection di Stesen Janakuasa Patau-Patau, Top Overhaul & Crankshaft Repair di Stesen Janakuasa Sandakan, dan Site Measurement & Assessment oleh REMACO di Stesen Janakuasa Tenom Pangi.}4-02{/tip}>

5. Purata Faktor Henti Tugas Tidak Terancang (EUOF) bagi Loji-Loji Penjanaan SESB & IPP bagi Suku Tahun Pertama (Q1) 2012

5-01
{tip info::Secara keseluruhannya, kadar Purata Faktor Henti Tugas Tidak Terancang (EUOF) untuk setiap loji penjanaan tidak melebihi sasaran PPA kecuali bagi Loji Penjanaan Enjin yang mencatatkan EUOF sebanyak 6.16%. Ini berikutan beberapa siri pelantikan berlaku di beberapa buah Stesen Janakuasa yang disebabkan oleh Transformer Winding Insulation Failure,High Temperature in Main Bearing & Generator Transformer, Frequency Generator Malfunctioning, High Vibration in Gas Turbine, dan Lube Oil Leakage.}5-02{/tip}