Prestasi Loji Penjanaan Tenaga Elektrik Menggunakan Tenaga Boleh Baharu Bagi Suku Tahun Pertama Tahun 2012

 1. Loji Janakuasa RE (Renewable Energy) Utama Yang Telah Dilesenkan Sehingga Suku Tahun Pertama (Q1) 2012

{tip info::Berdasarkan rekod Suruhanjaya, didapati bahawa jumlah keseluruhan lesen awam penjanaan menggunakan bahan api daripada tenaga boleh baharu adalah berjumlah 20 lesen. Daripada jumlah ini hanya 3 loji sahaja lagi yang masih belum mula tugas iaitu 15% daripada jumlah keseluruhan lesen. Kelewatan loji janakuasa tersebut untuk mula tugas adalah disebabkan masalah kewangan dan juga masalah di tapak pembinaan. Keadaan cuaca yang tidak baik memberikan impak yang besar ke atas pembinaan empangan atau takungan di loji janakuasa mini hidro. 1 loji janakuasa biogas masih dalam pembinaan dan projek tersebut baru mendapat lesen pada tahun 2011.}

1-RE-Q1-2012{/tip}

2. Jumlah Tenaga Elektrik Dijana bagi Suku Tahun Pertama (Q1) 2012

3-RE-Q1-2012

{tip info::Penjanaan elektrik menggunakan bahan api biomas adalah paling tinggi berbanding sumber RE yang lain. Di Sabah, penjanaan menggunakan sumber RE biomas merupakan yang tertinggi dicatatkan iaitu 85% daripada jumlah penjanaan tenaga elektrik daripada sumber RE. Sebaliknya di Semenanjung, penjanaan menggunakan sumber RE mini hidro mencatatkan rekod penjanaan tertinggi berbanding loji janakuasa lain iaitu sebanyak 48% daripada jumlah penjanaan tenaga elektrik daripada sumber RE.}2-1-RE-Q1-2012{/tip}

3. Jumlah Penggunaan Bahan Api - Biomas Bagi Penjanaan Tenaga Elektrik

4-1-RE-Q1-2012
{tip info::Kesemua loji janakuasa tersebut menggunakan Empty Fruit Bunch (EFB) sebagai bahan api kecuali loji biomas-2 yang menggunakan Solid Waste. Loji Biomas-5 mencatatkan penggunaan bahanapi biomas yang paling rendah kerana didapati loji ini tidak beroperasi pada Jan-Mac. Ini adalah kerana loji jankuasa sedang menjalani proses modifikasi kerana masalah transformer yang rosak dan sedang dibaiki di kilang pengeluar. Loji ini dijangka mula beroperasi semula pada bulan April 2012. Selain itu Loji Biomas-1 juga mencatatkan penggunaan bahan api yang rendah. Ini adalah kerana loji ini baru sahaja mencapai tarikh COD tetapi operasi penjanaannya hanya stabil pada bulan Mac 2012}4-2-RE-Q1-2012
{/tip}

4. Jumlah Pepasangan Solar PV bagi Suku Tahun Pertama (Q1) 2012

4-3-RE-Q1-2012
{tip info::Pada 7 Ogos 2008, YB Menteri telah mengecualikan keperluan Seksyen 9 bagi sistem penjanaan elektrik menggunakan panel suria seperti berikut; (a) bagi sisem tiga fasa, pada voltan tidak melebihi voltan rendah dengan kapasiti sehingga 72kW; atau (b) bagi sisem satu fasa, pada voltan tidak melebihi voltan rendah dengan kapasiti sehingga 24kW. Statistik ini adalah berdasarkan pepasangan di Semenanjung Malaysia}4-4-RE-Q1-2012
{/tip}