Prestasi Loji Penjanaan Tenaga Elektrik Menggunakan Tenaga Boleh Baharu (Renewable Energy - RE) Bagi Suku Tahun Keempat Tahun 2012

1. Loji Janakuasa RE Utama Yang Telah Dilesenkan Sehingga Suku Tahun Keempat (Q4) 2012     

{tip Info::Pada suku tahun keempat, terdapat pertambahan sebanyak sembilan lesen awam bagi aktiviti penjanaan solar fotovolta yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya. Kesemuanya adalah merupakan pemegang lesen provisional sebelum ini. Secara keseluruhannya, 15 lesen awam RE di Semenanjung dan sebanyak 40.5% telah beroperasi manakala di Sabah; lima [5] lesen awam RE yang dikeluarkan dan kesemuanya telah beroperasi.}01x{/tip}

2. Jumlah Tenaga Elektrik Dijana Pada Suku Tahun Keempat (Q4) 2012

{tip Info::Secara keseluruhannya, prestasi penjanaan elekrik yang menggunakan tenaga boleh baharu (RE) adalah memuaskan. Bagaimanpun, peningkatan penjanaan elektrik daripada loji janakuasa biomass dan mini hidro dilihat meningkat secara mendadak pada suku tahun keempat. Misalannya di Semenanjung Malaysia, penjanaan elektrik daripada loji janakuasa biomass meningkat melebihi 100% berbanding penjanaan elektrik pada suku tahun ketiga. Di samping itu, faktor cuaca yang lebih baik pada penghujung tahun telah menyumbang peningkatan penjanaan elektrik oleh loji janakuasa mini hidro. }02{/tip}

3. Jumlah Penjanaan Elektrik Oleh Loji Janakuasa Mini Hidro Sepanjang Tahun 2012

{tip Info::Loji janakuasa mini hidro di Sungai Perting yang terletak di Hutan Simpan Bukit Tinggi, Bentong telah mencatatkan jumlah penjanaan tenaga elektrik tertinggi iaitu sebanyak 31,713.30 MWj. Ini menunjukkan loji tersebut beroperasi pada tahap yang optimum jika dibandingkan dengan loji janakuasa yang sama kapasiti penjanaan dengannya. Mini hidro D menunjukkan penjanaan elektrik yang paling sedikit disebabkan loji tersebut baru mula tugas pada bulan Ogos. Secara puratanya, pada suku tahun kedua dan ketiga, penjanaan elektrik daripada loji janakuasa mini hidro menurun disebabkan oleh faktor cuaca akibat kekurangan jumlah hujan. }03{/tip}

4. Jumlah Penjanaan Elektrik Oleh Loji Janakuasa Berasaskan Biogas Sepanjang Tahun 2012

{tip Info::Loji janakuasa yang dimiliki oleh Jana Landfill Sdn Bhd telah mencatatkan rekod penjanaan elektrik tertinggi iaitu 9,942.55 MWj. Ini menunjukkan loji tersebut beroperasi pada tahap yang optimum jika dibandingkan dengan loji janakuasa yang sama kapasiti penjanaan dengannya. Loji janakuasa ini merupakan loji yang pertama diberi lesen awam penjanaan menggunakan tenaga boleh baharu iaitu pada tahun 2001. Pada awal tahun 2010 loji janakuasa ini telah henti tugas kerana menjalani penyenggaraan keseluruhan sistem termasuklah sistem utama iaitu enjin gas dan memulakan semula operasinya pada Jun 2010 dan sehingga kini.}04{/tip}

5. Jumlah Penjanaan Elektrik Oleh Loji Janakuasa Berasaskan Biomas Sepanjang Tahun 2012

{tip Info::Loji janakuasa TSH Bio-Energy merupakan antara yang terawal dan paling lama beroperasi iaitu sejak Februari 2005. Namun demikian iainya masih mampu berupaya untuk menjana elektrik dengan jumlah penjanaan iaitu sebanyak 85,731.17 MWj iaitu hampir menyamai loji janakuasa Biomas A. Pembekalan bahanapi yang terjamin merupakan faktor utama TSH berupaya untuk menjana elektrik pada tahap optimum. Loji janakuasa E yang merekodkan penjanaan yang paling sedikit berbanding loji lain bukannya mengalami masalah bahan api. Sebaliknya kemudahan di loji berkenaan seperti tempat penyimpanan bahan api yang sempit dan terdedah kepada hujan telah menyebabkan loji ini terpaksa menghentikan operasinya. EFB yang disimpan pada ruang terbuka dan berbumbung lut cahaya pada asalnya bertujuan mengeringkan bahan api secara semula jadi sebaliknya telah mendatangkan masalah kepada loji ini.}05{/tip}