Prestasi Loji Penjanaan Tenaga Elektrik Menggunakan Tenaga Boleh Baharu (Renewable Energy - RE) Bagi Suku Tahun Keempat 2013

1. Loji Janakuasa RE Utama Yang Telah Dilesenkan Sehingga Suku Tahun Keempat (Q4) 2013

{tip Info::Terdapat pertambahan lesen secara mendadak dikeluarkan pada suku tahun keempat 2013. Kesemua lesen yang dikeluarkan tersebut iaitu sebanyak 31 lesen awam merupakan penjanaan daripada sistem Solar Fotovolta. Kesemua lesen ini merupakan pemegang sijil tarif galakan dan sebahagian daripadanya akan mulatugas pada tahun 2013.}01{/tip}

2. Jumlah Tenaga Elektrik Dijana pada Suku Tahun Keempat (Q4) 2013

{tip Info::Penjanaan elektrik meningkat pada suku tahun keempat berbanding sebelumnya. Peningkatan mendadak dalam penjanaan daripada loji janakuasa mini hidro sebanyak 36% adalah disebabkan faktor cuaca. Berdasarkan maklumat daripada Jabatan Meteorologi, didapati bahawa bermula 1 November 2013, Negara berada dalam tempoh Monsun Timur Laut yang menyebabkan beberapa negeri menerima jumlah hujan yang melebihi paras normal. Selain loji janakuasa mini hidro, penjanaan daripada loji janakuasa biomas juga meningkat sedikit berbanding suku tahun sebelumnya iaitu sebanyak 7.8%.}02{/tip}

3. Jumlah Penjanaan Tenaga Elektrik oleh Loji Janakuasa Menggunakan Biomas

{tip Info::Seperti pada suku tahun ketiga, hanya 3 loji janakuasa berasaskan biomas yang beroperasi.  Peningkatan sebanyak 7.8% direkodkan iaitu bersamaan dengan 65,150 MWj tenaga elektrik dijana dengan kapasiti faktor bagi setiap loji janakuasa antara 67% hingga 75%.
Loji janakuasa-4,5 dan 6 yang terletak di Semenanjung didapati tidak beroperasi sepanjang tahun 2013. Masalah kewangan dan teknikal yang dihadapi menyebabkan kesukaran untuk meneruskan operasi. Suruhanjaya sedang membuat pemantauan dan menimbang samaada lesen akan dibatalkan sekiranya melanggar syarat lesen.}03{/tip}