Adakah laporan pengurusan tenaga elektrik dengan cekap wajib dikemukakan secara berkala?
Laporan Pengurusan Tenaga Elektrik dengan Cekap (Borang A) wajib
dikemukakan kepada Suruhanjaya Tenaga setiap enam (6) bulan dan dilampirkan
bersama dengan Pengisytiharan oleh Pengurus Tenaga Elektrik Berdaftar (Borang
B).
Penghantaran maklumat di dalam laporan adalah secara atas talian melalui Energy
Management Information System (EMIS) yang boleh diakses di laman sesawang
seperti yang berikut:
https://emis.st.gov.my/login.xhtml
Borang A dan Borang B boleh dijana daripada EMIS selepas maklumat di dalam
laporan telah dimajukan kepada Suruhanjaya Tenaga melalui EMIS.
Borang A dan Borang B yang telah ditandatangani boleh dimajukan ke alamat
berikut:
Suruhanjaya Tenaga
No. 12, Jalan Tun Hussein
Precinct 2,
62100, Putrajaya.
(U/P: Unit Kecekapan dan Pemuliharaan Tenaga)