Newsroom
Announcement / Notice 29 June 2026

Kaji Selidik Tenaga Untuk Sektor Pembuatan, Komersial dan Domestik di Malaysia

Malaysia menuju masa depan tenaga yang lebih mampan
Suruhanjaya Tenaga telah melantik Pusat Tenaga dan Alam Sekitar, SIRIM Berhad sebagai perunding bagi Projek “Kaji Selidik Tenaga untuk Sektor Pembuatan, Komersial dan Domestik di Malaysia”.


Objektif Kaji Selidik
Mendapatkan penggunaan tenaga terkini dalam sektor pembuatan, komersial dan domestik di Malaysia serta memperkukuh data National Energy Balance (NEB) sebagai sumber data tenaga rasmi negara.

Dapatan kaji selidik ini akan membantu mengenal pasti corak penggunaan tenaga mengikut subsektor, menyokong penggubalan dasar yang lebih bersasar, serta meningkatkan ketepatan pengiraan pelepasan Gas Rumah Hijau (GHG). 


Skop Pelaksanaan

  • Melibatkan sektor pembuatan, komersial dan domestik

  • 12,000 responden di seluruh negara meliputi Semenanjung Malaysia, Sabah & Sarawak

  • Tempoh masa kaji selidik bermula Mac sehingga Disember 2026

Sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan melalui emel: sirim_stenergysurvey@sirim.my

Bersama kita memacu masa depan tenaga yang lebih cekap dan lestari.

Image
Infografik Kaji Selidik Tenaga Untuk Sektor Pembuatan, Komersial dan Domestik di Malaysia