Feedback
Adakah televisyen yang dijual wajib ditampal dengan label cekap tenaga Suruhanjaya Tenaga?
Televisyen yang bersaiz 70 inci dan ke bawah (jenis Plasma, LED, LCD, dan CRT)
merupakan kelengkapan yang dikawal di bawah standard Minimum Energy
Performance Standard (MEPS) dan televisyen ini wajib dilabelkan dengan label
cekap tenaga. Dalam hal ini, pengguna boleh memilih kelengkapan yang lebih jimat
tenaga berdasarkan jumlah bintang yang dilabelkan.
Lapan (8) kelengkapan cekap tenaga yang juga dikawal di bawah MEPS adalah
penghawa dingin, peti sejuk, kipas domestik, mesin basuh, lampu, ketuhar
gelombang mikro, periuk nasi dan peti sejuk beku. Maklumat lanjut berkaitan skop
bagi setiap kelengkapan elektrik ini boleh diperolehi di pautan berikut:
https://www.st.gov.my/ms/web/download/listing/150
Feedback
Sekiranya peniaga menjual kelengkapan elektrik yang tidak mendapat Perakuan Kelulusan (COA), apakah hukuman yang boleh dikenakan?
Bagaimanakah cara untuk mengetahui adapter telah diluluskan untuk dijual dan digunakan?
Berapa lamakah proses permohonan Perakuan Kelulusan Baru dan Pembaharuan Perakuan Kelulusan?
Adakah penjualan adapter boleh dibuat tanpa mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Tenaga?