Keperluan Asas dan Tanggungjawab CPO

Apakah skop tanggungjawab CPO dari sudut keselamatan?

CPO bertanggungjawab memastikan pemasangan EVCS selepas Meter EV Pemegang Lesen hingga ke wallbox charger, termasuk penyambungnya, dilaksanakan secara selamat. Tanggungjawab ini merangkumi pemilihan peralatan yang sesuai, perlindungan elektrik, pemeriksaan, pengujian, penyenggaraan dan pengurusan sebarang kerosakan.

Skop tanggungjawab CPO turut merangkumi wallbox charger yang dimiliki dan dipasang sendiri oleh pemilik petak parkir di bawah skop pengoperasian CPO. 

Pemasangan yang diuruskan oleh pemilik petak parkir hendaklah dilaksanakan oleh kontraktor/orang kompeten yang berkaitan.