Newsroom
ST@Media Ipoh, Perak 31 July 2026

BERNAMA: ST perkukuh kesederaan penggunaan tenaga menerusi Karnival Bijak Tenaga |KBT2026| 26 JULAI 2026

IPOH: Suruhanjaya Tenaga (ST) terus memperkukuh komitmen dalam meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap penggunaan tenaga secara mampan menerusi penganjuran Karnival Bijak Tenaga 2026 yang berlangsung selama dua hari di Stadium Indera Mulia, di sini.

Pengerusi ST Datuk Seri Asri Hamidin @ Hamidon berkata penganjuran karnival itu antara lain bertujuan mendekati dan memberi peluang kepada masyarakat untuk mengenali dan memahami fungsi agensi berkenaan selaku badan kawal selia sektor elektrik dan gas berpaip negara serta perkembangan sektor tenaga negara dalam bentuk yang santai.