Karnival Bijak Tenaga 2026

Karnival Bijak Tenaga 2026

Latar Belakang

Karnival Bijak Tenaga 2026 merupakan sebuah program pendidikan dan kesedaran awam yang dianjurkan bagi meningkatkan pengetahuan serta kefahaman masyarakat mengenai tenaga melalui pendekatan yang interaktif, inklusif, dan mesra keluarga. Dianjurkan bersempena dengan sambutan ulang tahun Jubli Perak Suruhanjaya Tenaga (ST), program ini juga bertujuan untuk memperkukuhkan kefahaman mengenai penggunaan tenaga yang cekap dan selamat serta menyokong agenda peralihan tenaga melalui pelbagai aktiviti seperti pameran, demonstrasi, ceramah, dan pertandingan. 


Maklumat Program

Perkara Butiran
Tarikh 25 - 26 Julai 2026
Masa 9.00 pagi - 6.00 petang
Lokasi Stadium Indera Mulia, Perak
Kemasukan Percuma untuk semua

Objektif

  • Meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai penggunaan tenaga secara selamat, cekap, dan bertanggungjawab. 

  • Meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai peranan ST sebagai badan kawal selia sektor tenaga. 

  • Memperkukuh pengetahuan dan kefahaman mengenai tenaga dalam kalangan orang awam. 

  • Menggalakkan penglibatan komuniti dalam usaha menyokong pembangunan tenaga yang mampan.  

Mesej Utama

  • Tenaga adalah tanggungjawab bersama. 
  • Penggunaan tenaga secara cekap membantu menjimatkan kos dan memelihara alam sekitar. 
  • Keselamatan elektrik dan gas perlu menjadi amalan harian setiap pengguna. 
  • Literasi tenaga penting dalam menyokong masa depan tenaga negara yang lebih mampan.  
  • ST komited dalam melindungi pengguna serta memastikan industri tenaga yang safe (selamat), cekap, dan mampan. 

Kumpulan Sasaran

  • Pendidikan: Pelajar sekolah, pelajar IPT, serta guru dan pendidik. 
  • Komuniti: Keluarga, komuniti, dan NGO setempat. 
  • Pemegang Taruh: Agensi kerajaan, industri tenaga, dan badan profesional. 

Aktiviti

Acara ini dipenuhi dengan pelbagai pengisian menarik yang memanfaatkan ruang dalam dan luar stadium, antaranya: 

  • Pavilion ST & Smart House: Ruang pameran utama untuk demonstrasi kecekapan tenaga. 

  • Pertandingan Akhir Pencarian Wira Bijak Tenaga: Pentas persaingan untuk memupuk bakat muda. 

  • Sesi Pocket Talk & Demonstrasi: Perkongsian tip penjimatan elektrik, peranan orang kompeten, dan taklimat keselamatan gas/elektrik bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta TNB. 

  • Aktiviti Kanak-kanak & Keluarga: Kid Zone yang dimeriahkan dengan aplikasi label MEPS, pertandingan mewarna, lukisan pasir, serta penampilan maskot Upin Ipin dan Adiwira ST. 

  • Zon Jualan & Pameran Agensi: Reruan pameran Tenaga Boleh Baharu (RE), pendidikan TVET, jualan barangan elektrik cekap tenaga, serta deretan Food Truck