Newsroom
Announcement / Notice 27 August 2026

Makluman Rasmi Peralihan Permohonan Borang Dalam Talian Bagi Institusi Latihan Berdaftar Dan Pengurus Tenaga Berdaftar Kepada Sistem MySTEE

2016-PNG-Transparent-Background-Logo-ST-(Fail-Logo-PNG)

MAKLUMAN RASMI

PERALIHAN PERMOHONAN BORANG DALAM TALIAN BAGI

INSTITUSI LATIHAN BERDAFTAR DAN PENGURUS TENAGA BERDAFTAR KEPADA SISTEM MySTEE

Dimaklumkan bahawa borang permohonan dalam talian yang melibatkan permohonan bagi Institusi Latihan Berdaftar (RTI) dan Pengurus Tenaga Berdaftar (REM) di bawah Akta Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2024 [Akta 861] akan dinaik taraf dan dipindahkan kepada sistem baharu MySTEE. Semua permohonan hendaklah dikemukakan melalui laman sesawang https://mystee.st.gov.my mulai pada 14 September 2026.

Bagi melancarkan proses migrasi, penerimaan permohonan BAHARU dan PEMBAHARUAN melalui borang permohonan dalam talian sedia ada akan ditutup mulai 7 September 2026.

  1. Jenis permohonan yang terkesan:

  1. Permohonan yang diterima sebelum 7 September 2026 akan diproses sehingga selesai. Pemohon tidak perlu mengemukakan semula permohonan tersebut di dalam sistem MYSTEE. Rekod permohonan yang telah diluluskan akan dipindahkan ke dalam sistem MySTEE.

  2. Pemohon adalah bertanggungjawab untuk memantau tempoh sah laku Perakuan Amalan masing-masing dan merancang permohonan pembaharuan dengan sewajarnya. Sebarang fi lewat pembaharuan yang dikenakan akibat permohonan yang dikemukakan selepas tamat tempoh sah laku perakuan adalah menjadi tanggungjawab pemohon.

Untuk maklumat lanjut sila rujuk FAQ yang boleh dimuat turun dari laman sesawang ST. Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada:

Kategori Permohonan E-mel
Pengurus Tenaga Berdaftar (REM) rem@st.gov.my
Institusi Latihan Berdaftar (RTI) rti@st.gov.my

Suruhanjaya Tenaga 

27 Ogos 2026