Mini Karnival Bijak Tenaga 2025 anjuran Suruhanjaya Tenaga buat julung kalinya telah diadakan di Melang Inn, Kuala Pilah dengan sambutan mengalakkan komuniti setempat.
Program libat urus komuniti ini memberi pendedahan secara langsung kepada orang awam mengenai kepentingan keselamatan elektrik dan gas berpaip melalui pendekatan pocket talk, kuiz, pameran interaktif, aktiviti mewarna serta aktiviti komuniti.