CRESS

Merujuk kepada seksyen 6.20, di mana MRED adalah lebih besar daripada jumlah MGC disebabkan penggunaan tenaga Green Consumer yang lebih rendah, jumlah tenaga yang melebihi MGC hendaklah dianggap sebagai tenaga percuma. Adakah REC dalam keadaan ini menjadi hak milik RED, memandangkan RED tidak diberi pampasan melalui NEDA bagi suntikan output ke dalam grid? Selain itu, adakah output ini akan didaftarkan dalam MRED?

Dalam senario yang digariskan dalam Seksyen 6.20, di mana MRED adalah lebih besar daripada jumlah MGC disebabkan penggunaan tenaga Green Consumer (GC) yang lebih rendah (bukan disebabkan penarikan diri GC), Sijil Tenaga Boleh Diperbaharui (REC) yang berkaitan dengan tenaga percuma tersebut akan menjadi hak milik Renewable Energy Developer (RED). Tenaga percuma ini adalah sebahagian daripada tenaga yang diukur meter di MRED, dan System Access Charge (SAC) terpakai bagi tenaga percuma ini.