Bilakah VPPA akan dilaksanakan dan kuota ditawarkan?
Program ini dinamakan Corporate Green Power Programme (CGPP) dan VPPA dinamakan Corporate Green Power Agreement (CGPA).
Program ini dilancarkan pada 7 November 2022.
Pada peringkat awal, jumlah kapasiti yang diperuntukkan untuk program ini adalah 600 megawatt (MW). Baru-baru ini pada 9 Mac 2023, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) mengumumkan tambahan kapasiti sebanyak 200 MW bagi membolehkan lebih banyak syarikat melanggan bekalan elektrik hijau untuk memenuhi komitmen ESG
Permohonan dibuka dari 7 November 2022 sehingga 6 Februari 2023. Susulan pengumuman tambahan kapasiti 200MW, program ini akan dibuka sehingga 31 Disember 2023 atau sehingga peruntukan penuh kuota 800MW. Loji kuasa solar hendaklah disiapkan sebelum akhir tahun 2025