Pengecualian & Perlindungan Pengguna Domestik

Apakah bentuk perlindungan yang disediakan kepada pengguna domestik?

Kerajaan menyediakan beberapa bentuk perlindungan dan bantuan kepada pengguna domestik serta kumpulan tertentu bagi memastikan kepentingan pengguna terus diambil kira dalam pelaksanaan struktur tarif elektrik.

Antaranya ialah:
Ambang pelindungan bil elektrik bagi kategori pengguna domestik dalam julat penggunaan tertentu:

  • Sejak 1 Julai 2025, pengguna domestik dengan penggunaan elektrik 600kWj dan kebawah  telah dikecualikan daripada AFA, Caj Peruncitan dan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

  • Mengambilkira fenomena el-Nino ketika ini, Kerajaan pada 17 September 2026 telah mengumumkan peningkatan ambang perlindungan bil elektrik bagi pengguna domestik daripada 601kWj sehingga 800 kWj sebulan bagi penggunaan elektrik mulai 1 September hingga 31 Disember 2026.

  • Ini bermakna, pengguna domestik dengan penggunaan sehingga 800kWj diberikan pengecualian daripada dikenakan AFA, Caj Peruncitan dan SST sehingga Disember 2026.

  • Langkah ini dijangka memberi manfaat kepada lebih 8 juta pengguna domestik atau sehingga 90% pengguna domestik. 

  • Rebat elektrik 10% bagi institusi pengajian tinggi, sekolah Kerajaan dan Separa Kerajaan, pusat kebajikan dan rumah ibadat yang berdaftar; dan 

  • Penerusan Program Rebat Bil Elektrik sehingga RM40 sebulan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar yang berdaftar dalam sistem e-Kasih. Maklumat dan semakan kelayakan hendaklah dirujuk melalui saluran rasmi Kerajaan yang berkaitan.

Image
Perlindungan Untuk Pengguna Domestik