Skim Masa Penggunaan (ToU) ialah skim tarif yang menawarkan kadar caj elektrik yang berbeza mengikut tempoh masa penggunaan, iaitu waktu puncak dan luar puncak.

Di bawah penstrukturan tarif elektrik semasa RP4, tempoh luar puncak telah diperluaskan daripada 70 jam kepada 128 jam seminggu, meliputi sepanjang hari Sabtu, Ahad dan 15 hari cuti umum terpilih serta dari jam 10.00 malam hingga 2.00 petang pada hari Isnin hingga Jumaat. Ini memberi pilihan kepada pengguna untuk mengalihkan penggunaan elektrik kepada waktu luar puncak bagi mengurus penggunaan dan kos elektrik dengan lebih baik.

Tujuannya adalah untuk memberikan isyarat penggunaan yang lebih tepat mengikut keadaan permintaan sistem dan menggalakkan pengguna mengurus penggunaan tenaga dengan lebih cekap.

Image
Zon-Waktu-ToU