Komitmen & Peranan ST

Apakah komitmen ST dalam pelaksanaan tarif elektrik?

ST komited untuk memastikan pelaksanaan tarif elektrik adalah adil, telus dan mampan, dengan mengimbangi kepentingan pengguna, kemampanan industri serta kebolehpercayaan sistem tenaga,  berdasarkan prinsip:

ADIL
Mengimbangi kepentingan pengguna dan keperluan sistem tenaga.

TELUS
Memastikan proses penetapan dan pelarasan tarif dilaksanakan secara jelas dan berstruktur..

MAMPAN
Menyokong kemampanan industri tenaga dan agenda peralihan tenaga negara.