Program pilot ini dilaksanakan menggunakan pendekatan sandbox bagi menguji modul latihan dan kaedah penyampaian sebelum pelaksanaan penuh program pada masa hadapan.
Melalui ST-ECE, peserta berpeluang mengikuti latihan teknikal yang relevan dengan perkembangan industri semasa merangkumi sektor elektrik, gas dan kecekapan tenaga.
Antara bidang latihan yang ditawarkan adalah:
⚡ Elektrik & Pensuisan
🔥 Gas & LPG
🚗 Electric Vehicle Charging System (EVCS)
🔋 Battery Energy Storage System (BESS)
🚢 LNG & Gas Distribution
💡 Kecekapan Tenaga & Heat Recovery
Mengapa Sertai ST-ECE?
-
11 kursus pilot dengan modul teknikal yang komprehensif dan praktikal
-
Dikendalikan oleh tenaga pengajar berpengalaman dan pakar industri
-
Platform pembelajaran berterusan selaras dengan agenda peralihan tenaga negara
-
Peluang meningkatkan pengetahuan teknikal dan pematuhan industri
Pendaftaran kini dibuka dan tempat adalah terhad.
🔗 Maklumat lanjut & pendaftaran: www.st.gov.my/stece
📧 Pertanyaan: stece@st.gov.my