Suruhanjaya Tenaga (ST) bersama SIRIM Berhad menjemput wakil industri pembuatan dan komersial menyertai Sesi Libat Urus Bersama Industri Pembuatan & Komersial di Kulim, Kedah dan Senai, Johor.
Sesi ini merangkumi perkongsian mengenai keselamatan elektrik, EECA, audit tenaga, peluang dana serta pelaksanaan Kaji Selidik Tenaga 2026. Peserta juga berpeluang mengemukakan pertanyaan dan mendapatkan penjelasan secara langsung daripada ST dan SIRIM Berhad.
📍 Kulim, Kedah
21 Oktober 2026 (Rabu)
AMREC, SIRIM Kulim
Masa: 9.00 pagi – 1.00 petang
Tarikh tutup pendaftaran: 19 Oktober 2026
📍 Senai, Johor
27 Oktober 2026 (Selasa)
Conference Room, Level GF, Room 09, SIRIM Johor
Masa: 9.00 pagi – 1.00 petang
Tarikh tutup pendaftaran: 23 Oktober 2026
Penyertaan adalah PERCUMA.
Imbas kod QR pada poster mengikut lokasi pilihan untuk mendaftar.