Memahami Mekanisme Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA)

Apakah yang dimaksudkan dengan Mekanisme Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA)?

AFA merupakan mekanisme pelarasan kos penjanaan khususnya kos bahan api secara automatik yang diperkenalkan di bawah RP4 bagi menggantikan mekanisme Imbalance Cost Pass-Through (ICPT). 

AFA membolehkan pelarasan  antara unjuran kos penjanaan yang dibenarkan berbanding kos sebenar yang diselaraskan secara bulanan, berdasarkan perubahan utama melalui: 
•    Harga bahan api di pasaran semasa; dan 
•    Kadar tukaran mata wang asing (FOREX). 

Maklumat berkaitan mekanisme dan pelarasan AFA dilaporkan setiap bulan melalui saluran rasmi laman sesawang TNB di https://www.mytnb.com.my/tariff dan Single Buyer di https://www.singlebuyer.com.my/Generation-Info-Tariff/automatic-fuel-adjustment-(afa).