Memahami Mekanisme Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA)
Mengapa harga bahan api mempengaruhi tarif elektrik?
Kos bahan api merupakan salah satu komponen utamadi dalam kos penjanaan elektrik. Perubahan harga bahan api, seperti gas dan arang batu, akan mempengaruhi kos yang ditanggung untuk menjana elektrik.
Di bawah mekanisme AFA, perubahan kos bahan api ini diambil kira dalam pelarasan kos penjanaan secara bulanan. Oleh itu, kenaikan atau penurunan harga bahan api boleh menyebabkan AFA meningkat atau menurun, bergantung kepada kos penjanaan sebenar dan faktor berkaitan yang lain.
Bergantung kepada keadaan harga bahan api dan faktor berkaitan, pelarasan boleh berbentuk:
Surcaj: apabila pelarasan meningkatkan kos; atau
Rebat: apabila pelarasan mengurangkan kos.
Oleh itu, AFA tidak semestinya bermaksud caj tambahan pada setiap bulan.
Image