Memahami Mekanisme Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA)
Bagaimanakah AFA dikawal selia?
AFA dikawal selia oleh ST di bawah rangka kerja IBR dan dinilai serta dilaksanakan secara bulanan berdasarkan perbezaan antara kos penjanaan yang diunjurkan dengan kos penjanaan sebenar, dengan mengambil kira faktor seperti harga bahan api, kos Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) dan Perjanjian Tahap Perkhidmatan (SLA) serta kos penjanaan lain.
Pengiraan dan pelaksanaan AFA adalah tertakluk kepada garis panduan dan dasar yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan.