Komponen Yang Membentuk Kos Tarif Elektrik
Apakah komponen utama dalam struktur tarif elektrik baharu?
Struktur tarif elektrik baharu dipecahkan kepada empat (4) komponen utama, iaitu:
1. Caj Tenaga
Kos tenaga yang digunakan untuk menjana elektrik.
2. Caj Kapasiti
Kos penyediaan kapasiti penjanaan yang mencukupi bagi memenuhi keperluan permintaan elektrik.
3. Caj Rangkaian
Kos penyediaan dan pengoperasian rangkaian penghantaran serta pengagihan elektrik.
4. Caj Peruncitan
Kos perkhidmatan peruncitan dan pengurusan akaun pengguna seperti pemeteran, pengebilan dan perkhidmatan pelanggan.